Monday, October 11, 2010

Rasulullah (s.a.w) bersabda;

 "Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar nescaya Allah menjadikan segala kesusahannya ada penyelesaian, dan kesempitannya ada jalan keluar, serta mendatangkan rezeki dari punca yang tidak dijangka-jangka"

"Sesiapa yang berserah sepenuhnya kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan orang tersebut dengan segala pertolongan-Nya dan mendatangkan rezeki baginya dari sumber yang tidak dijangka, dan sesiapa yang berserah kepada dunia nescaya Allah menjadikan dunia sebagai wakilnya"

"Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajari engkau beberapa kalimat: Peliharalah (hak-hak) Allah, nescaya Allah memelihara engkau. Peliharalah (hak-hak) Allah, nescaya engkau dapati Dia menghadap kapadamu; dan apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah; dan apabila engkau meminta tolong maka meminta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, bahawa umat (manusia) jika mereka bekerjasama untuk memberi manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak berjaya berbuat demikian kecuali dengan sesuatu yang sudah ditulis (ditentukan) oleh Allah bagimu; dan sekiranya mereka bekerjasama untuk mendatangkan mudarat ke atasmu, nescaya mereka tidak dapat berbuat demikian kecuali dengan sesuatu yang sudah ditulis (ditentukan) oleh Allah ke atasmu. Pena sudah diangkat dan suhuf-suhuf sudah kering"

Sunday, October 10, 2010

Anugerah Indah Ayahbonda

  1. Masyitahfatimah binti Muktar
  2. Masyitah'aisyah binti Muktar
  3. Masyitahkhatijah binti Muktar
  4. Muhammad Mukhtaruddin bin Muktar
  5. Masyitahsofiah binti Muktar
  6. Masyitah Aminah binti Muktar
  7. Muhammad 'Arifuddin bin Muktar
  8. Muhammad Syarifuddin bin Muktar
  9. Muhammad Aminuddin bin Muktar

Keluarga Kite...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....

Ibu...
 Lahir aku ke dunia ini pasti dengan izin-Nya. Moga umur ku sentiasa diberkati-Nya bagi memohon Rahmat-Nya buatmu ibu tercinta... 

Arwah ayah...
Waktu nafasmu masih menghela dalam hidupku...aku alpa dalam berbakti padamu.Ya Allah...moga masih ada kesempatan ruang untuk aku sebagai anaknya di kehidupan Abadi. Ampunkan dosaku Ya Allah serta ampunkan dan rahmatilah arwah ayahku sebagaimana kasih dan sayangnya semasa ku kecil...